PEMBENTUKAN MALAYSIA


Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.Pada waktu itu,Singapura masih belum mendapat kemerdekaan daripada British,Sabah dan Sarawak masih kekal sebagai Tanah jajahan British,manakala Brunei di bawah perlindungan kerajaan British.Usaha penubuhan Malaysia mendapat pelbagai cabaran dan reaksi dari dalam negeri dan luar negara





1.3.1 Menerangkan idea dan faktor Gagasan Malaysia
Pemimpin Parti Tindakan Rakyat (PAP) di Singapura,iaitu Lee Kuan Yew berusaha mendapatkan kemerdekaan bagi Singapura dengan mencadangkan pencantuman Singapura dengan Tanah Melayu.
Tunku Abdul Rahman berpendapat bahawa Singapura boleh bergabung dengan Tanah Melayu sekiranya Sabah,sarawak dan Brunei turut bergabung dengan Tanah Melayu
Ancaman komunis di Singapura
Bimbang dengan perkembangan pengaruh komunis di Singapura pada tahun 1961.
pembentukan Malaysia akan dapat menyekat pengaruh komunis merebak di Singapura   


Proses-proses pembentukan Malaysia

  • Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia
    -Bahasa Melayu dijadika Bahasa rasmi dan islam sebagai agama rasmi
     -Beberapa keistimewaan diperuntukkan kepada Sabah dan Sarawak seperti dalam bidang imigresen
  •  Penubuhan Suruhanjaya Cobbold
-Peraturan kewangan diadakan untuk pembangunan ekonomi Sabah dan Sarawak
-Kuasa imigresen dan agama adalah di bawah kuasa Dewan Undangan Negeri masing-masing
  • Persetujuan Pembentukan Malaysia
-Pada Jun 1963, Rundingan akhir pembentukan Malaysia diadakan di London
-Penubuhan Malaysia dicadangkan pada 31 Ogos 1963 tetapi ditunda kepada 16 September 1963

-

  • Keseimbangan kaum

-Kemasukan Sabah,Sarawak dan Brunei dalam Tanah Melayu akan meningkatkan peratusan kaum ----Bumiputera di Tanah Melayu

  • Kemajuan ekonomi bersama

Tanah Melayu,Singapura dan Brunei mendapat faedah ekonomi terutamanya dari sektor perdagangan,bahan mentah,pasaran dan pelaburan asing

  • Mencapai kemerdekaan

Merupakan jalan pintas bagi Singapura,Sabah,Sarawak dan Brunei mencapai kemerdekaan
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu(PBB) mengusulkan agar penjajahan di seluruh dunia ditamatkan


Menerangkan reaksi wilayah terlibat dan negara jiran


  • Filipina
Presiden Macapagal mendakwa Sabah adalah sebahagian daripada milik negaranya. Jadi,pembentukan Malaysia akan menyulitkan lagi tuntutan Filipina terhadap Sabah. Filipina terus membantah walaupun rakyat Sabah memilih untuk menyertai Malaysia.Filipina kemudiannya memutuskan hubungan diplomatic dengan Malaysia.
  • Indonesia
President sukarno mengumumkan dasar konfrantasinya pada 20 januari 1963 dengan slogan “ganyang Malaysia”.Alasan sukarno ialah kerana Tanah Melayu membelakangkan  Indonesia semasa penubuhan Malaysia. Tindakkan ini adalah kerana penubuhan Malaysia mengancam idea pembentukkan empayar  Indonesia raya. Ianya juga merupakkan taktik mengalih perhatian rakyatnya daripada beberapa masalah dalaman.

PEMISAHAN SINGAPURA



SINGAPURA

-Selepas pembentukan Malaysia, Lee Kuan Yew menegaskan bahawa walaupun Singapura bersetuju untuk menyertai Malaysia, namun hal-hal yang terkandung di dalam percantuman tersebut mestilah ditentukan bersama-sama dengan rakyat Singapura.
- Pada 23 Ogos 1961, satu mesyuarat telah diadakan di antara Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu.  Dalam mesyuarat ini persetujuan telah dicapai berhubung beberapa perkara.  Persetujuan yang  termaktub di dalam Kertas Putih ini menyatakan bahawa:

  1. -Aspek pertahanan, hubungan luar dan keselamatan akan menjadi tanggungjawab Persekutuan.
  2. -Soal pendidikan dan tenaga buruh adalah di bawah bidang kuasa kerajaan Singapura.
  3. -Jumlah perwakilan Singapura dalam Dewan Rakyat ialah seramai 15 orang.

-Setelah dua tahun berada dalam Malaysia, hubungan Tanah Melayu dengan Singapura mula retak.  Banyak perselisihan mula timbul.  Antara isu yang menjadi perdebatan hangat ialah soal ekonomi, parti dan perkauman.


Comments

Popular posts from this blog